Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Saturday, August 29, 2009

Menyingkap agenda tersirat Muhyiddin

Mohd Rashidi Hassan

TIMBALAN Presiden Umno yang juga Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba-tiba membuka gelanggang perdebatan, dengan mendakwa Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat Melayu.

Media massa yang menjadi alat pengampu Umno-Barisan Nasional digunakan sehebat-hebatnya untuk menyerang Anwar dan mengecam PAS yang turut diheret sama kononnya menggadai masa depan Melayu-Islam kerana berkawan dengan DAP.

Seolah-olahnya Muhyiddin dan media pengampunya mahu memberitahu rakyat bahawa Umnolah sebuah parti yang jujur dan tulen memperjuangkan nasib Melayu.

Jujurkah Umno? Tulenkah Umno? Memang isu ini amat menarik untuk diperdebatkan, khususnya oleh orang-orang Melayu, kerana ia bakal membuktikan kepada rakyat, siapa sebenarnya pengkhianat kepada bangsa Melayu.

Seharusnya Muhyiddin mencermin diri sendiri terlebih dahulu, apakah perjuangan Umno benar-benar tulen untuk membela nasib bangsa? Jika Umno pejuang tulen, mengapa Dasar Ekonomi Baru (DEB) gagal?

Muhyiddin harus juga memikirkan, apakah beliau semasa menjadi Menteri Besar Johor tidak lama dahulu, beliau tidak terbabit dalam mengadaikan tanah dan kepentingan Melayu kepada bukan Melayu, khususnya rakyat asing dari negara jiran?

Dalam isu PPSMI misalnya, yang diakui sendiri beliau di Perth baru-baru ini dengan mengatakan 3 juta pelajar Melayu menjadi korban dasar PPSMI.

Soalnya mengapa Muhyiddin dan pemimpin-pemimpin Umno menyokong dasar 'membunuh' bangsa yang diperkenalkan oleh Tun Mahathir Mohamad sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri dahulu?

Muhyiddin hanya membuka pekung Umno. Sekaligus beliau memberitahu rakyat bahawa betapa bodohnya pemimpin-pemimpin Umno yang menyokong dasar PPSMI secara membuta tuli, demi kepentingan politik Umno, walaupun dasar itu menindas bangsanya sendiri?

Dalam kolum ini, penulis belum berhasrat untuk membahaskan persoalan siapa sebenar pengkhianat Melayu secara terperinci.

Penulis mahu melontarkan persoalan dari sudut yang berbeza, iaitu mengapa tiba-tiba sahaja Muhyiddin beria-ia mencanangkan ketuanan Melayu dan menempelak Anwar, yang pernah menjadi pemimpin yang disokong dan disanjungnya sebagai pengkhianat?

Penulis beranggapan 'tembakan' Muhyiddin terhadap Anwar bukan bertujuan untuk membunuh karier politik Anwar semata-mata. Beliau ada agenda yang lebih besar dari itu.

Justeru, apa agenda tersirat Muhyiddin dalam konteks ini? Pada penulis tindak tanduk Muhyiddin sebenarnya mencurigakan orang-orang Umno sendiri.

Tatkala Presiden Umno dan PM, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak bercakap soal One Malaysia, rakyat pelbagai bangsa diutamakan, Muhyiddin pula bercakap sebaliknya, seolah-olah mempamerkan beliau seorang yang rasis.

Tindakan Muhyiddin bercanggah dengan aspirasi Najib yang meuar-uarkan dasar liberalisasi pentadbirannya, yang menarik balik atau memansuhkan puluhan dasar kepentingan bumiputera.

Umno kini ibarat kapal dengan dua nakhoda. Apa yang berlaku ialah wujud perbezaan ketara antara Najib dengan Muhyiddin. Ini menunjukkan perbezaan pendapat dan perpecahan dalam Umno masih wujud, khususnya di kalangan pemimpin tertinggi.

Politiking dalam Umno memang hebat. Masing-masing tidak mempercayai rakan sendiri, masing-masing berjuang untuk melindungi kepentingan peribadi dan puak. Najib takut dicantas Muhyiddin dan Muhyiddin juga mahu mencari jalan untuk menjadi PM.

Masa tidak mencukupi buat Muhyiddin kerana usianya lebih tua daripada Najib. Beliau hanya boleh tunggu sepenggal sahaja lagi untuk menaik setakuk. Barangkali Muhyiddin juga bimbang, beliau akan mengulangi nasib Tan Sri Musa Hitam sewaktu menjadi TPM di zaman Mahathir dahulu.

Oleh itu, sewaktu Najib sibuk mencari sokongan bukan Melayu, Muhyiddin mengorak langkahnya sendiri dengan percubaan untuk menjadi 'jagoan' menjuarai isu-isu Melayu. Najib cuba membuat reform supaya Umno lebih terbuka dan tidak rasis, sebaliknya Muhyiddin menarik 'gear' ke belakang.

Muhyiddin bukannya memperjuangkan semangat ketulenan Melayu, beliau hanya mahu memperkuatkan 'political base'nya sahaja.

Muhyiddin tahu teras sokongan kepada Umno ialah dari orang-orang Melayu, bukan dari bangsa lain. Bagi Muhyiddin inilah masa yang terbaik buat beliau, iaitu sewaktu Umno lemah, untuk membangkitkan semangat rasis atau nasionalisme Melayu.

Ini adalah strategi serampang dua mata. Jika selepas ini dalam mana-mana Pilihan Raya Kecil atau Umum, Umno-BN kalah juga, bermakna dasar One Malaysia yang diperkenalkan Najib merupakan suatu kesilapan.
Maka ketika itu orang-orang Umno yang dalam setahun dua ini dibentuk dengan persepsi bahawa Muhyiddin adalah nasionalis tulen, akan menuding jari pula kepada Najib, sekaligus menyuruh PM berundur dan digantikan dengan Muhyiddin.

Dalam politik Umno tiada jaminan setiakawan. Muhyiddin bersama Najib dalam satu kumpulan wawasan yang bertembung dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi yang sekumpulan dengan aruah Tun Ghafar Baba dalam pertembungan sengit Umno tahun 1993.

Mereka 'naik' dalam parti bersama Anwar, meninggalkan dan membuang Anwar sebaik bekas TPM itu dipecat pada tahun 1998.

Selepas Abdullah lantik TPM oleh Mahathir, Muhyiddin meninggalkan Najib yang sekumpulan dengannya dahulu untuk menyertai 'geng' Abdullah pula.

Selepas kegagalan besar Umno-BN pada PRU 2008, Muhyiddin mengambil kesempatan dari kelemahan Abdullah, 'menikamnya dari depan' dengan membuat gesaan berulangkali supaya berundur dari jawatan PM.
Maka dalam keadaan sekarang, tidak mustahil suatu hari nanti, Najib juga, jika tersilap langkah, akan menerima nasib yang sama dengan Abdullah.

Semua ini hanya sekelumit bukti yang menunjukkan bahawa, pemimpin-pemimpin Umno bukannya jujur memperjuangkan kepentingan bangsa, tetapi lebih kepada perjuangan untuk kepentingan peribadi, demi merebut jawatan dan kuasa.

Reform untuk memperbaiki Umno dari dalam akan terus menemui kegagalan kerana mereka mempunyai pemimpin-pemimpin yang materialistik dan tamak.

Hanya kuasa rakyat sahaja yang boleh menghentikan semua kedangkalan ini.

Bukti Umno khianati Melayu Johor

Sumber:Detikdaily

Oleh MAZLAN ALIMAN

Bahagian Pertama

Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu, terutama di Johor terserlah, pertamanya, melalui penutupan Sekolah Rendah Agama Negeri Johor. Sekolah-sekolah  yang terbabit adalah:
  1. Sekolah Agama Darul Ulum Sungai Mati, Muar.
  2. Sekolah Agama Waddin, Kampung Melayu, Majidee.
  3. Sekolah Agama Jawahir  Al-Ulum.
  4. Sekolah Agama Khairiah Islamiah, Mersing.
  5.  Sekolah Agama Tanwiriah, Parit Jawa.
  6. Sekolah Agama Lughatul Arabiah, Tangkak.
  7. Sekolah Rendah Agama Tanwiriah.

    Pada 17 November 1995, Pendaftar Sekolah-Sekolah Agama Jabatan Agama Johor, Mohd Tahir Shamsudin menghantar surat kepada  pengetua-pengetua sekolah berkenaan mengucapkan tahniah  atas penubuhan sekolah tersebut. Pada 25 Januari 2003, orang yang sama mengarahkan sekolah ditutup. Beliau kini Mufti Negeri Johor. Sebab penutupan atas arahan Kerajaan Negeri Johor.

    Penutupan operasi Amanah Saham Johor (ASJ)

     
    Ia ditawarkan kepada orang Melayu semasa pelancarannya 15 Mei 1992 pada harga RM1 seunit.  Sehingga tahun 2002, seramai 125,554 orang Melayu Johor menyertainya dengan saiz unitnya  sebanyak 300 juta. Ketika mula dilancarkan, Menteri Besar Johor, Dato' Abd Ghani Othman  sangat optimis ia akan mencecah RM5 seunit. Sebaliknya, hingga tahun 1997 sahaja, nilainya tinggal 18 sen seunit. Seramai 4,000 pelabur menyertai ASJ dengan meminjam di bank  dengan nilai 71 juta unit. Sebahagiannya menjadi bankrap. Kini, ASJ lingkup.

    Penyerahan Sekolah Menengah Agama Johor (SMA)


    Tawaran untuk menyerahkan SMA kepada Kerajaan Pusat melalui pendaftaran di bawah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) bermula tahun 2005. Ia membabitkan 22 sekolah seluruh Johor. Alasan utama, Kerajaan BN Johor tidak mampu lagi membiayai  kos operasinya.

    Sekolah Agama Rakyat di Johor sebahagiannya telah gulung tikar kerana pemberhentian geran perkapita zaman Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri tahun 2002; penyerahan 22 buah SMA pula adalah tragedi paling  malang! Johor yang  terkenal, kononnya, dengan  model pendidikan  Islam, kini sudah tidak punya apa-apa lagi.

    Cuti hari Jumaat kepada hari Ahad

     
    Semenjak sebelum merdeka, rakyat Johor bercuti pada hari Jumaat. Pada zaman penjajahan pun ia tidak diusik. Ketika penghujung pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Menteri  Besar Johor (1986–1995), beliau tidak semena-semena mengumumkan pertukaran cuti hujung minggu dari Jumaat kepada hari Ahad.

    Bantahan luar biasa rakyat Johor termasuk dari istana, tidak dipedulikan. Inilah jasa terbesar Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika ini kepada umat Islam Johor.

    Nasib peneroka Felda Cahaya Baru, Masai 

    Felda Cahaya Baru dibuka tahun 1960 dan menempatkan 431 peneroka Felda yang ditanam getah. Tahun 1990, tercetus idea membangunkan kawasan felda berkenaan yang diterajui pimpinan  Umno tempatan dengan restu Menteri Besar Johor ketika itu, Muhyiddin Yassin. Syarikat Cahaya Baru Development Berhad (CBDB) ditubuhkan tahun 1995 dan  peneroka dijanjikan  pampasan sebanyak RM1.2 juta hingga RM1.4juta.

    Tanah peneroka telah dikaveat dan mereka diperdaya menanda tangani surat wakil kuasa (power attorney) sedangkan pampasan yang diterima hanya setakat RM120,000 sahaja. Sampai  hari  ini peneroka menunggu seperti buah yang tidak gugur. Peneroka Felda Cahaya Baru hilang tanah dan menjadi miskin!

    Public Utilities Board (PUB) - Lembaga Awam Singapura Empangan Linggi 

    Dibina pada tahun 1988 dan siap tahun 1994 di zaman Muhyiddin Yassin Menteri Besar Johor. Ia melibatkan tanah seluas 21,600 hektar sebagai kawasan tadahan air milik Singapura dengan kapasiti simpanan air 763 juta kubik  meter padu. Terletak di Jalan Kota Tinggi Kluang yang berdekatan Bandar Tenggara.

    Empangan ini melibatkan tiga daerah iaitu Kota Tinggi, Kluang dan Mersing dan berada dalan koordinat 0 yang strategik dari sudut keselamatan. Pembinaannya dibantah oleh PAS dan banyak NGO. Ia terletak  berhampiran  penempatan  Melayu terbesar di Johor. Kawasan yang begitu luas  diberi dan  sejauh  mana  hasil  balak yang  dikeluarkan telah memberi manfaat rakyat negeri Johor yang dikatakan nilainya berbilion ringgit.

    Kezaliman ke atas  penduduk  Melayu  Kg  Plentong  Tengah,  Pasir  Gudang 

    Penduduk meneroka tanah berkenaan pada tahun 1985 apabila dimaklumkan tanah tersebut tiada  pemilik.  Bagaimanapun syarikat Mosbert, Jet Ace Company dan kemudiannya Oakfield mengaku  sebagai empunya tanah berkenaan. Seterusnya Oakfield menjual tanah tersebut kepada Bukit  Lenang  Development  Sdn  Bhd.

    Sebanyak 310 rumah yang dimiliki seratus peratus orang Melayu telah dirobohkan oleh pemaju  yang menang tuntutannya di Mahkamah Tinggi Johor Bahru pada 16 Oktober 2008. Pemimpin Umno Johor dan bahagian Pasir Gudang yang diketuai Dato' Khaled Nordin berlepas tangan manakala Menteri Besar mendakwa penduduk adalah setinggan dan wajar keluar dari tanah berkenaan.

    Tiada  pampasan yang wajar dan segala janji-janji untuk diberi penempatan semula  sampai  hari ini tidak dikotakan. Nasib mereka teramat jauh lebih teruk dilayan jika dibandingkan  dengan 23 keluarga India di Kg Buah Pala!

    Are the cow-head protesters real?

    By The Malaysian Insider

    KUALA LUMPUR, Aug 29 – The police inaction and the possibility that some of the cow-head protesters are not from near the disputed Hindu temple site in Shah Alam has Selangor buzzing about the real motives of the racially-provocative demonstration.

    Pakatan Rakyat politicians claimed that most of the protesters are not from Section 23 where the temple is to be relocated while Hindraf claimed it was “absurd and nonsensical” for the police to need a report to investigate the incident.

    Others claim it could be a plot to undermine and topple the Pakatan Rakyat government that has been beset with allegations of corruption and divisions over the sale of beer in convenience outlets.

    “It looks like conspiracy to show Pakatan’s incompetence in handling race relations,” a Pakatan Rakyat politician told The Malaysian Insider.

    Lagi Isu Kepala Lembu...ada agenda disebaliknya

    Sumber: Harakahdaily

    Dzulfikar Mashoor

    SHAH ALAM, 29 Ogos: Pakatan Rakyat Selangor mendakwa perarakan 'kepala lembu' yang masih segar berdarah semalam di depan Pejabat Menteri Besar Selangor sebagai usaha terbaru 'pelampau Umno' untuk menjatuhkan kerajaan negeri itu.

    Bercakap di depan Balai Polis Seksyen 11 Shah Alam pagi tadi, Ahli Parlimennya Khalid Samad mendesak pihak polis segera bertindak ke atas ekstremis-ekstremis Umno terbabit supaya insiden yang sama tidak lagi berulang.

    "Umno ini sudah jadi parti yang ekstrem. Di tempat-tempat-tempat lain pun, Umno sudah berdemontrasi ekstrem sebegini, di Kuala Selangor, Ijok, Tanjong Karang.

    "Mana-mana tempat yang dia nak api-apikan semangat perkauman yang sempit (serta) sentimen agama (Islam) yang salah, mereka terus buat. Sebab itu, Polis perlu bertindak.

    "Kalau polis tidak bertindak dan dilihat seolah-olah bersama-sama mereka (pelampau Umno), ini akan menyebabkan tindakan yang lebih liar berlak," kat Khalid.

    Beliau yang dikenali sebagai penyokong kuat PAS dalam Pakatan Rakyat turut mempersoal sikap 'tunggu dan lihat' Polis ketika perhimpunan itu berlangsung.

    "Mereka (Polis) tidak boleh kata: Kami menunggu laporan mana-mana pihak dibuat dahulu. Bolehkah Polis ?tunggu dan lihat? cermin sebuah kereta dipecah penceroboh, atas alasan menunggu rakyat atau pemilik kereta itu sendiri buat laporan; baru boleh bertindak," katanya.

    Bercakap pada sidang media yang sama, Exco Kerajaan Negeri Selangor Dr. A. Xavier Jayakumar turut melahirkan rasa kesal atas pelampau-pelampau terbabit.

    "Kita tidak mahu keharmonian rakyat menjelang Hari Merdeka ke-52 ini digugat oleh demopntrasi yang penuh melampau itu. Kita minta Polis segara bertindak sebelum apa-apa yang lebih buruk berlaku," katanya.

    Ujarnya lagi, mana-mana pihak termasuk Umno sendiri dibenarkan berdemontrasi secara aman. Kerajaan negeri konsistan tidak akan menentang hak asasi tersebut.

    Namun, demontrasi ekstrem seperti semalam sebenarnya melanggar undang-undang serta perlu tindakan segera oleh pihak Polis.

    "Mereka boleh demontrasi. Kita tidak akan tentang. Tetapi, demontrasi yang melampau seperti itu sesiapa pun lihat melampaui undang-undang. Jadi, saya gesa polis bertindak pada demontran yang melampau," katanya.

    Beliau turut menjelaskan inti maklum balas pihak Polis sebelum membuat kenyataan media di sini.

    "Saya diberitahu dia ada masalah peribadi di Alor Star. Pegantinya juga ada masalah peribadi di Shah Alam. Jadi, dia menyuruh kita (Pakatan) bertemu dengan Ketua Polis Daerah Shah Alam," katanya.

    ?Kita tidak mahu keharmonian rakyat menjelang Hari Merdeka ke-52 ini digugat oleh demontrasi yang penuh melampau itu. Kita minta Polis segara bertindak sebelum apa-apa yang lebih buruk berlaku," katanya.

    Turut menyertai kenyataan media di sini, Adun Batu Tiga dan Exco kerajaan negeri, Rodziah Ismail dan Ahli Parlimen Klang Charles Santiago.

    Ketua Penerangan PAS Pusat Idris Ahmad pada satu kenyataan media yang lain petang tadi, menegaskan demontrasi melampau itu bukannya berdasarkan ajaran Islam, sebaliknya amalan tradisi Umno sejak ditubuhkan lagi.

    Tambahnya lahi, "Apa yang mereka buat itu bukan sahaja melampaui undang-undang negara, tetapi jelas membelakangi agama Allah, iaitu Islam dan Rasulullah s.a.w tidak pernah menyuruh ummatnya berbuat demikian atas nama Islam.

    "Jika berjuang atas nama Melayu, beginilah akibatnya (melampau)," tegas beliau.

    Katanya, PAS berpegang dengan prinsip Islam yang menghargai kehormonian penganut agama-agama lain serta melarang ahli-ahlinya (umat Islam) memaki-hamun kegamaan lain; sebagaimana dalam ayat 108 dari Surah al-An'aam.

    Firman Allah bermaksud, ?Dan janganlah kamu memaki hamun sembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampau batas tanpa dasar pengetahuan. Demikianlah kami jadikan setiap ummat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudian, kepada Tuhan tempat kembali mereka, lalu Dia akan memberitahu kepada mereka apa yang telah mereka kerjakan.?

    Beliau turut mempersoal kredibiliti Polis dan FRU yang tidak membedil kumpulan ekstremis Umno tersebut dengan gas pemedih mata dan pacutan meriam air berasid, sebagaimana beberapa demontrasi aman rakyat seperti Anti-iSA, Mansuh PPSMI dan BERSIH lalu.

    Ketua Polis Daerah Shah Alam, Noor Azam Jamaluddin menjelaskan bahawa pegawainya tidak boleh terus bertindak waktu insiden itu berlaku, demi mengelakkan perkara yang lebih buruk berlaku.

    Bagaimanapun, beliau memberi jaminan agar insiden itu disiasat dan demontrasi yang didakwa ekstrem itu akan dibawa ke muka pengadilan.

    Noor Azam juga memaklumkan bahawa pasukannya sudah ditempatkan di beberapa lokasi strategik demi memastikan insiden terbabit tidak berulang.

    Nasihatnya, semua rakyat diminta bersabar dan tidak lagi mengeruhkan keadaan, terutamanya di kala negara bakal menempuhi Hari Kemerdekaan ke-54 Isnin depan.

    Semalam, kira-kira 50 orang Melayu dari pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) yang pro Umno mengarak kepala lembu yang masih segar berdarah dari Masjid Negeri menuju ke pejabat Menteri Besar.

    Berdepan Bangunan MBSA, pemuda-pemuda 'ekstrim' terbabit kelihatan saling menendang bangkai itu sambil melaungkan 'Kami Bantah'.

    Pada masa yang sama, kelihatan Pejabat Adun Batu Tiga turut dijadikan medan bantahan dengan contengan, Khalid-Rodziah, Pengkhianat Bangsa.

    Laungan dan bantahan itu dipercayai khalayak ekoran keputusan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memindahkan kuil Hindu ke lokasi yang baru di Syeksyen 23 Shah Alam.

    Insiden ?Kepala Lembu Berdarah? itu merupakan cabaran tergenting Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, setelah isu arak dan penternakan babi yang dipercyaai dicetuskan juga oleh Umno mulai reda belakangan ini.

    Sebelum ini, sebuah akhbar politik melaporkan Umno akan menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor pada Hari Kemerdekaan, 31 Ogos ini.

    harakahdaily

    UMNO bila kalah ini senjata mereka.........bila-bila pun bagini

    Siapa yang pilih kerajaan ini? beginilah mulanya 13 Mei bila Cina bawa penyapu.

    Dari tajuk tulisan diatas jelas menunjukan UMNO masih tidak serik yang rakyat telah tolak mereka. Bukti jelas dimana-mana PRK (7 PRK) mereka gagal.

    Saya kurang bersetuju apa yang ditulis dalam KPMU.NET 13 Mei disentuh adalah kerana perbuatan orang China membawa penyapu untuk melenyapkan Melayu kononnya.

    Rasional nya bahawa bila demokrasi dan hak rakyat tidak dihormati maka berbagai alasan ditimbulkan bagi menghalalkan cara. Semua agama dan kebebasan beragama dijamin oleh perlembagaan, tetapi oleh kerana dasar pecah dan perintah yang sering diamalkan oleh UMNO maka 13 Mei terjadi.

    UMNO tidak dapat menerima yang rakyat telah menolak mereka dalam pilihanraya, maka tercetusnya peristiwa 13 Mei dan kebetulan DAP telah menang pilihanraya jika Parti Gerakan menyertai mereka. UMNO gelabah dan ini lah puncanya. Tetapi tidak kah UMNO ingat pengorbanan Tan Chee Khoon dari Gerakan maka UMNO berjaya menubuhkan kerajaan di negeri Selangor. Itu pun setelah tercetusnya peristiwa 13 Mei.

    Tetapi setelah PRU 12, Selangor dan beberapa negeri lain telah jatuh ketanggan Pakatan Rakyat, UMNO merasa tercabar dan berusaha dengan apa cara sekalipun untuk mengagalkan pemerintahan PR. Dari isu babi hingga lah kes penjualan arak, dan arak kepala lembu di Shah Alam.

    Kalau difikirkan siapa agaknya yang meluluskan penjualan arak sebelum ini di Selangor. Perkara ini bukan perkara baru dan sengaja dipermainkan seolah-olah UMNO lupa mereka bertanggungjawab dan kesalahan diletak keatas Pakatan Rakyat. Mana ada sebelum ini UMNO beria-ia menentang penjualan arak?

    Bagitu juga kes mengarak kepala lembu bagi membantah pembinaan kuil hindu di Seksyen 23 Shah Alam. Kononnya mereka pejuang agama Islam sedangkan semasa pemerintahan UMNO/BN, syarahan agama pun tidak dibenarkan di Shah Alam.

    Apa akan terjadi agaknya jika Pakatan Rakyat menang dengan bergaya dalam PRU 13 nanti? Sama-sama kita tunggu dan lihat.

    1 Demo, 2 Agama dihina

     Adakah ini termasuk dalam agenda untuk menjatuhkan kerajaan PR Negeri Selangor.......kemungkinan ada kerana golongan munafik yang berucap gah itu semua orang kenal....kalau tak silap percacai UMNO?


    Agama Islam dihina apabila perkataan Takbir (membesar atau mengagungkan Allah) telah diperolok-olokkan dengan perkataan Take Beer (ambil/minum bir).

    Kepala lembu, binatang yang dianggap suci oleh penganut agama Hindu telah dipijak untuk menimbulkan rasa benci serta permusuhan agama.

    BETUL KE MELAYU SOKONG UMNO DI PERMATANG PASIR - AZIZI ABDULLAH

    “Pas kalau menang pun atas ehsan undi Cina (25%). Ini terbukti di Bukit Gantang, undi Melayu memihak kepada Umno dan Pas menang undi Cina khususnya dari Kuala Sepetang. Janji tanah 900 tahun beb!” Sekali lagi penghantar bergelar Nasi Siru yang saya tak kenali, yang sering menggambarkan kegelisahan jiwanya melihat kebangkitan rakyat menolak Umno sekarang.

    Saya meneliti keputusan Pilihanraya N 11 25. 8.2009 ini melalui cartanya:

    * Jumlah keluar mengundi 72.78% atau 14,768 (SPR kena kaji semula tentang % ini)

    * Jumlah undi Pas 9618

    * Jumlah undi BN 5067

    * Rosak 83.

    Undi dari Kg. Cross Street yang keseluruhannya orang Cina:
    Saluran 1 Pas 125 BN 66
    Saluran 2 Pas 278 BN 66
    Saluran 3 Pas 270 BN 75
    Saluran 4 Pas 265 BN 95


    Kalau ini menjadi hujjah dan anggapan dengki - benci tak ketahuan hala penghantar e mail ini, memang betul. Tetapi bagaimana kedudukan di bawah, di sembilan daerah mengundi di N.11 yang pengundinya Melayu? Lihat keputusannya:

    Sama Gagah, ada lima saluran, tak satu pun BN menang.



    • Permatang Ara, lima saluran, hanya satu saluran yang Pas kalah 24 undi. (Saluran 1 ialah saluran orang tua, yang dulu,kini dan selamanya)
    • Permatang Pauh empat saluran tak satu pun BN memang.
    • Bukit Indera Muda ada lima saluran, hanya saluran satu saja yang kalah 24 undi.
    • Kampung Pelet ada 4 saluran. Satu pun BN tak menang.
    • Kubang Semang ada 3 saluran, tak satu pun BN menang.
    • Begitu juga Tanah Liat Mukim 8, Permatang Tengah yang semunya pengundi Melayu, tak pula ada BN yang menang.
    Kesimpulannya, dakwaan kalau pengundi Melayu, BN pasti menang ternyata meleset. Malah pengundi Melayu sudah bijak memilih dasar sesebuah parti dengan pelaksanaan dasar sesebuah parti yang sekian lama membohongi rakyat.

    Puluhan ribu mendengar ucapan terima kasih kepada pengundi.


    Bayangkan jika lebih 20,000 pengundi dihabuankan dengan seorang RM300, telekong, sejadah, pelekat, titi segera, rumah segera, upah pegang bendera, upah panjat tiang, segala macam logistik dan sagu hati orang tengah, poster dan lain-lain sogokan, berapa banyak yang dibelanjakan oleh BN?

    Komen Datuk Sri Najib, Presiden Umno/BN akan mengkaji semula, rasanya tak perlu menghabiskan wang dan masa. Apa yang berlaku sebenarnya rakyat sudah tidak mahu terima lagi dasar Umno/BN yang selama 50 tahun, hanya mengenyangkan tembolok sebahagian orang. Banyak kesilapan yang tidak dapat dibetuli, menjadi rakyat perlu kepada perubahan atau kebanyakannya mengambil sikap ‘protes’. Laungan perlu kepada pembangunan dan kekalahan BN menunjukan rakyat tidak mahu pembangunan, satu dakwaan lemah. Pembangunan bukan hanya Umno/BN tetapi ia menjadi tanggung jawab sesebuah kerajaan.

    Umno hanya tunjuk projek mega, tapi tidak sedar cukai tanah.
    Umno hanya tunjuk indek dan saham, tapi tidak sedar saham Bumiputera yang lesap.
    Umno hanya melaung Tekun dan Subsidi tapi tidak melihat tanah tergadai.
    Umno hanya melihat 1Malaysia tetapi tidak melihat rakyat seluruh Malaysia.
    Umno asyik mengubah imej Islam,termasuk Hadari tetapi tidak ‘kaffah’ Islamnya.
    Umno menyumbang RM10 ringgit, tetapi menarik RM1,000.


    Umno/BN perlu ubah pendekatan berkempen. Kalau sekadar telekong, sejadah, titi parit tepi sawah dan sagu hati dalam sampul surat, Pak Kasa di Kubang Semang pun tergelak. Menggunakan polis mengawal keselamatan, tidak memberi kesan kepada pengundi memangkah BN kalau institusi ini diperkuda. Misalnya di satu tempat mengundi, polis muda menjerkah orang Pas supaya melondeh baju yang ada lambang bulan, tetapi dalam masa yang sama buat dono kepada Putri Umno yang mengibar lambang dacing.

    Ahhh, macam-macam lagi perkara yang menuntut Umno/BN perlu mengubahnya, terutama dasar parti itu. Rakyat sekarang melihat, apa yang dilakukan bukan hanya galak menerima sumbangan bermusim.

    Manakala Pas, apa yang perlu di post mortem ialah kebijaksanaan menggunakan masa, menjadualkan masa dan tidak membazir masa. Hal ini sangat lemah bagi Pas.

    Mungkinkah akan ada lagi di Padang Serai atau di Kota Siputeh? Rasa-rasanya Umno/BN pening lagi.