Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Saturday, August 29, 2009

Bukti Umno khianati Melayu Johor

Sumber:Detikdaily

Oleh MAZLAN ALIMAN

Bahagian Pertama

Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu, terutama di Johor terserlah, pertamanya, melalui penutupan Sekolah Rendah Agama Negeri Johor. Sekolah-sekolah  yang terbabit adalah:
  1. Sekolah Agama Darul Ulum Sungai Mati, Muar.
  2. Sekolah Agama Waddin, Kampung Melayu, Majidee.
  3. Sekolah Agama Jawahir  Al-Ulum.
  4. Sekolah Agama Khairiah Islamiah, Mersing.
  5.  Sekolah Agama Tanwiriah, Parit Jawa.
  6. Sekolah Agama Lughatul Arabiah, Tangkak.
  7. Sekolah Rendah Agama Tanwiriah.

    Pada 17 November 1995, Pendaftar Sekolah-Sekolah Agama Jabatan Agama Johor, Mohd Tahir Shamsudin menghantar surat kepada  pengetua-pengetua sekolah berkenaan mengucapkan tahniah  atas penubuhan sekolah tersebut. Pada 25 Januari 2003, orang yang sama mengarahkan sekolah ditutup. Beliau kini Mufti Negeri Johor. Sebab penutupan atas arahan Kerajaan Negeri Johor.

    Penutupan operasi Amanah Saham Johor (ASJ)

     
    Ia ditawarkan kepada orang Melayu semasa pelancarannya 15 Mei 1992 pada harga RM1 seunit.  Sehingga tahun 2002, seramai 125,554 orang Melayu Johor menyertainya dengan saiz unitnya  sebanyak 300 juta. Ketika mula dilancarkan, Menteri Besar Johor, Dato' Abd Ghani Othman  sangat optimis ia akan mencecah RM5 seunit. Sebaliknya, hingga tahun 1997 sahaja, nilainya tinggal 18 sen seunit. Seramai 4,000 pelabur menyertai ASJ dengan meminjam di bank  dengan nilai 71 juta unit. Sebahagiannya menjadi bankrap. Kini, ASJ lingkup.

    Penyerahan Sekolah Menengah Agama Johor (SMA)


    Tawaran untuk menyerahkan SMA kepada Kerajaan Pusat melalui pendaftaran di bawah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) bermula tahun 2005. Ia membabitkan 22 sekolah seluruh Johor. Alasan utama, Kerajaan BN Johor tidak mampu lagi membiayai  kos operasinya.

    Sekolah Agama Rakyat di Johor sebahagiannya telah gulung tikar kerana pemberhentian geran perkapita zaman Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri tahun 2002; penyerahan 22 buah SMA pula adalah tragedi paling  malang! Johor yang  terkenal, kononnya, dengan  model pendidikan  Islam, kini sudah tidak punya apa-apa lagi.

    Cuti hari Jumaat kepada hari Ahad

     
    Semenjak sebelum merdeka, rakyat Johor bercuti pada hari Jumaat. Pada zaman penjajahan pun ia tidak diusik. Ketika penghujung pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Menteri  Besar Johor (1986–1995), beliau tidak semena-semena mengumumkan pertukaran cuti hujung minggu dari Jumaat kepada hari Ahad.

    Bantahan luar biasa rakyat Johor termasuk dari istana, tidak dipedulikan. Inilah jasa terbesar Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika ini kepada umat Islam Johor.

    Nasib peneroka Felda Cahaya Baru, Masai 

    Felda Cahaya Baru dibuka tahun 1960 dan menempatkan 431 peneroka Felda yang ditanam getah. Tahun 1990, tercetus idea membangunkan kawasan felda berkenaan yang diterajui pimpinan  Umno tempatan dengan restu Menteri Besar Johor ketika itu, Muhyiddin Yassin. Syarikat Cahaya Baru Development Berhad (CBDB) ditubuhkan tahun 1995 dan  peneroka dijanjikan  pampasan sebanyak RM1.2 juta hingga RM1.4juta.

    Tanah peneroka telah dikaveat dan mereka diperdaya menanda tangani surat wakil kuasa (power attorney) sedangkan pampasan yang diterima hanya setakat RM120,000 sahaja. Sampai  hari  ini peneroka menunggu seperti buah yang tidak gugur. Peneroka Felda Cahaya Baru hilang tanah dan menjadi miskin!

    Public Utilities Board (PUB) - Lembaga Awam Singapura Empangan Linggi 

    Dibina pada tahun 1988 dan siap tahun 1994 di zaman Muhyiddin Yassin Menteri Besar Johor. Ia melibatkan tanah seluas 21,600 hektar sebagai kawasan tadahan air milik Singapura dengan kapasiti simpanan air 763 juta kubik  meter padu. Terletak di Jalan Kota Tinggi Kluang yang berdekatan Bandar Tenggara.

    Empangan ini melibatkan tiga daerah iaitu Kota Tinggi, Kluang dan Mersing dan berada dalan koordinat 0 yang strategik dari sudut keselamatan. Pembinaannya dibantah oleh PAS dan banyak NGO. Ia terletak  berhampiran  penempatan  Melayu terbesar di Johor. Kawasan yang begitu luas  diberi dan  sejauh  mana  hasil  balak yang  dikeluarkan telah memberi manfaat rakyat negeri Johor yang dikatakan nilainya berbilion ringgit.

    Kezaliman ke atas  penduduk  Melayu  Kg  Plentong  Tengah,  Pasir  Gudang 

    Penduduk meneroka tanah berkenaan pada tahun 1985 apabila dimaklumkan tanah tersebut tiada  pemilik.  Bagaimanapun syarikat Mosbert, Jet Ace Company dan kemudiannya Oakfield mengaku  sebagai empunya tanah berkenaan. Seterusnya Oakfield menjual tanah tersebut kepada Bukit  Lenang  Development  Sdn  Bhd.

    Sebanyak 310 rumah yang dimiliki seratus peratus orang Melayu telah dirobohkan oleh pemaju  yang menang tuntutannya di Mahkamah Tinggi Johor Bahru pada 16 Oktober 2008. Pemimpin Umno Johor dan bahagian Pasir Gudang yang diketuai Dato' Khaled Nordin berlepas tangan manakala Menteri Besar mendakwa penduduk adalah setinggan dan wajar keluar dari tanah berkenaan.

    Tiada  pampasan yang wajar dan segala janji-janji untuk diberi penempatan semula  sampai  hari ini tidak dikotakan. Nasib mereka teramat jauh lebih teruk dilayan jika dibandingkan  dengan 23 keluarga India di Kg Buah Pala!

    1 comment:

    1. Saya ada kemuskilan ..
      Adakah tanah TAMAN CAHAYA MASAI ni sebahagian dari tanah peneroka Felda Cahaya baru yang tergadai tu ?

      ReplyDelete