Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Saturday, August 29, 2009

Menyingkap agenda tersirat Muhyiddin

Mohd Rashidi Hassan

TIMBALAN Presiden Umno yang juga Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba-tiba membuka gelanggang perdebatan, dengan mendakwa Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat Melayu.

Media massa yang menjadi alat pengampu Umno-Barisan Nasional digunakan sehebat-hebatnya untuk menyerang Anwar dan mengecam PAS yang turut diheret sama kononnya menggadai masa depan Melayu-Islam kerana berkawan dengan DAP.

Seolah-olahnya Muhyiddin dan media pengampunya mahu memberitahu rakyat bahawa Umnolah sebuah parti yang jujur dan tulen memperjuangkan nasib Melayu.

Jujurkah Umno? Tulenkah Umno? Memang isu ini amat menarik untuk diperdebatkan, khususnya oleh orang-orang Melayu, kerana ia bakal membuktikan kepada rakyat, siapa sebenarnya pengkhianat kepada bangsa Melayu.

Seharusnya Muhyiddin mencermin diri sendiri terlebih dahulu, apakah perjuangan Umno benar-benar tulen untuk membela nasib bangsa? Jika Umno pejuang tulen, mengapa Dasar Ekonomi Baru (DEB) gagal?

Muhyiddin harus juga memikirkan, apakah beliau semasa menjadi Menteri Besar Johor tidak lama dahulu, beliau tidak terbabit dalam mengadaikan tanah dan kepentingan Melayu kepada bukan Melayu, khususnya rakyat asing dari negara jiran?

Dalam isu PPSMI misalnya, yang diakui sendiri beliau di Perth baru-baru ini dengan mengatakan 3 juta pelajar Melayu menjadi korban dasar PPSMI.

Soalnya mengapa Muhyiddin dan pemimpin-pemimpin Umno menyokong dasar 'membunuh' bangsa yang diperkenalkan oleh Tun Mahathir Mohamad sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri dahulu?

Muhyiddin hanya membuka pekung Umno. Sekaligus beliau memberitahu rakyat bahawa betapa bodohnya pemimpin-pemimpin Umno yang menyokong dasar PPSMI secara membuta tuli, demi kepentingan politik Umno, walaupun dasar itu menindas bangsanya sendiri?

Dalam kolum ini, penulis belum berhasrat untuk membahaskan persoalan siapa sebenar pengkhianat Melayu secara terperinci.

Penulis mahu melontarkan persoalan dari sudut yang berbeza, iaitu mengapa tiba-tiba sahaja Muhyiddin beria-ia mencanangkan ketuanan Melayu dan menempelak Anwar, yang pernah menjadi pemimpin yang disokong dan disanjungnya sebagai pengkhianat?

Penulis beranggapan 'tembakan' Muhyiddin terhadap Anwar bukan bertujuan untuk membunuh karier politik Anwar semata-mata. Beliau ada agenda yang lebih besar dari itu.

Justeru, apa agenda tersirat Muhyiddin dalam konteks ini? Pada penulis tindak tanduk Muhyiddin sebenarnya mencurigakan orang-orang Umno sendiri.

Tatkala Presiden Umno dan PM, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak bercakap soal One Malaysia, rakyat pelbagai bangsa diutamakan, Muhyiddin pula bercakap sebaliknya, seolah-olah mempamerkan beliau seorang yang rasis.

Tindakan Muhyiddin bercanggah dengan aspirasi Najib yang meuar-uarkan dasar liberalisasi pentadbirannya, yang menarik balik atau memansuhkan puluhan dasar kepentingan bumiputera.

Umno kini ibarat kapal dengan dua nakhoda. Apa yang berlaku ialah wujud perbezaan ketara antara Najib dengan Muhyiddin. Ini menunjukkan perbezaan pendapat dan perpecahan dalam Umno masih wujud, khususnya di kalangan pemimpin tertinggi.

Politiking dalam Umno memang hebat. Masing-masing tidak mempercayai rakan sendiri, masing-masing berjuang untuk melindungi kepentingan peribadi dan puak. Najib takut dicantas Muhyiddin dan Muhyiddin juga mahu mencari jalan untuk menjadi PM.

Masa tidak mencukupi buat Muhyiddin kerana usianya lebih tua daripada Najib. Beliau hanya boleh tunggu sepenggal sahaja lagi untuk menaik setakuk. Barangkali Muhyiddin juga bimbang, beliau akan mengulangi nasib Tan Sri Musa Hitam sewaktu menjadi TPM di zaman Mahathir dahulu.

Oleh itu, sewaktu Najib sibuk mencari sokongan bukan Melayu, Muhyiddin mengorak langkahnya sendiri dengan percubaan untuk menjadi 'jagoan' menjuarai isu-isu Melayu. Najib cuba membuat reform supaya Umno lebih terbuka dan tidak rasis, sebaliknya Muhyiddin menarik 'gear' ke belakang.

Muhyiddin bukannya memperjuangkan semangat ketulenan Melayu, beliau hanya mahu memperkuatkan 'political base'nya sahaja.

Muhyiddin tahu teras sokongan kepada Umno ialah dari orang-orang Melayu, bukan dari bangsa lain. Bagi Muhyiddin inilah masa yang terbaik buat beliau, iaitu sewaktu Umno lemah, untuk membangkitkan semangat rasis atau nasionalisme Melayu.

Ini adalah strategi serampang dua mata. Jika selepas ini dalam mana-mana Pilihan Raya Kecil atau Umum, Umno-BN kalah juga, bermakna dasar One Malaysia yang diperkenalkan Najib merupakan suatu kesilapan.
Maka ketika itu orang-orang Umno yang dalam setahun dua ini dibentuk dengan persepsi bahawa Muhyiddin adalah nasionalis tulen, akan menuding jari pula kepada Najib, sekaligus menyuruh PM berundur dan digantikan dengan Muhyiddin.

Dalam politik Umno tiada jaminan setiakawan. Muhyiddin bersama Najib dalam satu kumpulan wawasan yang bertembung dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi yang sekumpulan dengan aruah Tun Ghafar Baba dalam pertembungan sengit Umno tahun 1993.

Mereka 'naik' dalam parti bersama Anwar, meninggalkan dan membuang Anwar sebaik bekas TPM itu dipecat pada tahun 1998.

Selepas Abdullah lantik TPM oleh Mahathir, Muhyiddin meninggalkan Najib yang sekumpulan dengannya dahulu untuk menyertai 'geng' Abdullah pula.

Selepas kegagalan besar Umno-BN pada PRU 2008, Muhyiddin mengambil kesempatan dari kelemahan Abdullah, 'menikamnya dari depan' dengan membuat gesaan berulangkali supaya berundur dari jawatan PM.
Maka dalam keadaan sekarang, tidak mustahil suatu hari nanti, Najib juga, jika tersilap langkah, akan menerima nasib yang sama dengan Abdullah.

Semua ini hanya sekelumit bukti yang menunjukkan bahawa, pemimpin-pemimpin Umno bukannya jujur memperjuangkan kepentingan bangsa, tetapi lebih kepada perjuangan untuk kepentingan peribadi, demi merebut jawatan dan kuasa.

Reform untuk memperbaiki Umno dari dalam akan terus menemui kegagalan kerana mereka mempunyai pemimpin-pemimpin yang materialistik dan tamak.

Hanya kuasa rakyat sahaja yang boleh menghentikan semua kedangkalan ini.

Bukti Umno khianati Melayu Johor

Sumber:Detikdaily

Oleh MAZLAN ALIMAN

Bahagian Pertama

Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu, terutama di Johor terserlah, pertamanya, melalui penutupan Sekolah Rendah Agama Negeri Johor. Sekolah-sekolah  yang terbabit adalah:
  1. Sekolah Agama Darul Ulum Sungai Mati, Muar.
  2. Sekolah Agama Waddin, Kampung Melayu, Majidee.
  3. Sekolah Agama Jawahir  Al-Ulum.
  4. Sekolah Agama Khairiah Islamiah, Mersing.
  5.  Sekolah Agama Tanwiriah, Parit Jawa.
  6. Sekolah Agama Lughatul Arabiah, Tangkak.
  7. Sekolah Rendah Agama Tanwiriah.

    Pada 17 November 1995, Pendaftar Sekolah-Sekolah Agama Jabatan Agama Johor, Mohd Tahir Shamsudin menghantar surat kepada  pengetua-pengetua sekolah berkenaan mengucapkan tahniah  atas penubuhan sekolah tersebut. Pada 25 Januari 2003, orang yang sama mengarahkan sekolah ditutup. Beliau kini Mufti Negeri Johor. Sebab penutupan atas arahan Kerajaan Negeri Johor.

    Penutupan operasi Amanah Saham Johor (ASJ)

     
    Ia ditawarkan kepada orang Melayu semasa pelancarannya 15 Mei 1992 pada harga RM1 seunit.  Sehingga tahun 2002, seramai 125,554 orang Melayu Johor menyertainya dengan saiz unitnya  sebanyak 300 juta. Ketika mula dilancarkan, Menteri Besar Johor, Dato' Abd Ghani Othman  sangat optimis ia akan mencecah RM5 seunit. Sebaliknya, hingga tahun 1997 sahaja, nilainya tinggal 18 sen seunit. Seramai 4,000 pelabur menyertai ASJ dengan meminjam di bank  dengan nilai 71 juta unit. Sebahagiannya menjadi bankrap. Kini, ASJ lingkup.

    Penyerahan Sekolah Menengah Agama Johor (SMA)


    Tawaran untuk menyerahkan SMA kepada Kerajaan Pusat melalui pendaftaran di bawah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) bermula tahun 2005. Ia membabitkan 22 sekolah seluruh Johor. Alasan utama, Kerajaan BN Johor tidak mampu lagi membiayai  kos operasinya.

    Sekolah Agama Rakyat di Johor sebahagiannya telah gulung tikar kerana pemberhentian geran perkapita zaman Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri tahun 2002; penyerahan 22 buah SMA pula adalah tragedi paling  malang! Johor yang  terkenal, kononnya, dengan  model pendidikan  Islam, kini sudah tidak punya apa-apa lagi.

    Cuti hari Jumaat kepada hari Ahad

     
    Semenjak sebelum merdeka, rakyat Johor bercuti pada hari Jumaat. Pada zaman penjajahan pun ia tidak diusik. Ketika penghujung pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Menteri  Besar Johor (1986–1995), beliau tidak semena-semena mengumumkan pertukaran cuti hujung minggu dari Jumaat kepada hari Ahad.

    Bantahan luar biasa rakyat Johor termasuk dari istana, tidak dipedulikan. Inilah jasa terbesar Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika ini kepada umat Islam Johor.

    Nasib peneroka Felda Cahaya Baru, Masai 

    Felda Cahaya Baru dibuka tahun 1960 dan menempatkan 431 peneroka Felda yang ditanam getah. Tahun 1990, tercetus idea membangunkan kawasan felda berkenaan yang diterajui pimpinan  Umno tempatan dengan restu Menteri Besar Johor ketika itu, Muhyiddin Yassin. Syarikat Cahaya Baru Development Berhad (CBDB) ditubuhkan tahun 1995 dan  peneroka dijanjikan  pampasan sebanyak RM1.2 juta hingga RM1.4juta.

    Tanah peneroka telah dikaveat dan mereka diperdaya menanda tangani surat wakil kuasa (power attorney) sedangkan pampasan yang diterima hanya setakat RM120,000 sahaja. Sampai  hari  ini peneroka menunggu seperti buah yang tidak gugur. Peneroka Felda Cahaya Baru hilang tanah dan menjadi miskin!

    Public Utilities Board (PUB) - Lembaga Awam Singapura Empangan Linggi 

    Dibina pada tahun 1988 dan siap tahun 1994 di zaman Muhyiddin Yassin Menteri Besar Johor. Ia melibatkan tanah seluas 21,600 hektar sebagai kawasan tadahan air milik Singapura dengan kapasiti simpanan air 763 juta kubik  meter padu. Terletak di Jalan Kota Tinggi Kluang yang berdekatan Bandar Tenggara.

    Empangan ini melibatkan tiga daerah iaitu Kota Tinggi, Kluang dan Mersing dan berada dalan koordinat 0 yang strategik dari sudut keselamatan. Pembinaannya dibantah oleh PAS dan banyak NGO. Ia terletak  berhampiran  penempatan  Melayu terbesar di Johor. Kawasan yang begitu luas  diberi dan  sejauh  mana  hasil  balak yang  dikeluarkan telah memberi manfaat rakyat negeri Johor yang dikatakan nilainya berbilion ringgit.

    Kezaliman ke atas  penduduk  Melayu  Kg  Plentong  Tengah,  Pasir  Gudang 

    Penduduk meneroka tanah berkenaan pada tahun 1985 apabila dimaklumkan tanah tersebut tiada  pemilik.  Bagaimanapun syarikat Mosbert, Jet Ace Company dan kemudiannya Oakfield mengaku  sebagai empunya tanah berkenaan. Seterusnya Oakfield menjual tanah tersebut kepada Bukit  Lenang  Development  Sdn  Bhd.

    Sebanyak 310 rumah yang dimiliki seratus peratus orang Melayu telah dirobohkan oleh pemaju  yang menang tuntutannya di Mahkamah Tinggi Johor Bahru pada 16 Oktober 2008. Pemimpin Umno Johor dan bahagian Pasir Gudang yang diketuai Dato' Khaled Nordin berlepas tangan manakala Menteri Besar mendakwa penduduk adalah setinggan dan wajar keluar dari tanah berkenaan.

    Tiada  pampasan yang wajar dan segala janji-janji untuk diberi penempatan semula  sampai  hari ini tidak dikotakan. Nasib mereka teramat jauh lebih teruk dilayan jika dibandingkan  dengan 23 keluarga India di Kg Buah Pala!

    Are the cow-head protesters real?

    By The Malaysian Insider

    KUALA LUMPUR, Aug 29 – The police inaction and the possibility that some of the cow-head protesters are not from near the disputed Hindu temple site in Shah Alam has Selangor buzzing about the real motives of the racially-provocative demonstration.

    Pakatan Rakyat politicians claimed that most of the protesters are not from Section 23 where the temple is to be relocated while Hindraf claimed it was “absurd and nonsensical” for the police to need a report to investigate the incident.

    Others claim it could be a plot to undermine and topple the Pakatan Rakyat government that has been beset with allegations of corruption and divisions over the sale of beer in convenience outlets.

    “It looks like conspiracy to show Pakatan’s incompetence in handling race relations,” a Pakatan Rakyat politician told The Malaysian Insider.

    Lagi Isu Kepala Lembu...ada agenda disebaliknya

    Sumber: Harakahdaily

    Dzulfikar Mashoor

    SHAH ALAM, 29 Ogos: Pakatan Rakyat Selangor mendakwa perarakan 'kepala lembu' yang masih segar berdarah semalam di depan Pejabat Menteri Besar Selangor sebagai usaha terbaru 'pelampau Umno' untuk menjatuhkan kerajaan negeri itu.

    Bercakap di depan Balai Polis Seksyen 11 Shah Alam pagi tadi, Ahli Parlimennya Khalid Samad mendesak pihak polis segera bertindak ke atas ekstremis-ekstremis Umno terbabit supaya insiden yang sama tidak lagi berulang.

    "Umno ini sudah jadi parti yang ekstrem. Di tempat-tempat-tempat lain pun, Umno sudah berdemontrasi ekstrem sebegini, di Kuala Selangor, Ijok, Tanjong Karang.

    "Mana-mana tempat yang dia nak api-apikan semangat perkauman yang sempit (serta) sentimen agama (Islam) yang salah, mereka terus buat. Sebab itu, Polis perlu bertindak.

    "Kalau polis tidak bertindak dan dilihat seolah-olah bersama-sama mereka (pelampau Umno), ini akan menyebabkan tindakan yang lebih liar berlak," kat Khalid.

    Beliau yang dikenali sebagai penyokong kuat PAS dalam Pakatan Rakyat turut mempersoal sikap 'tunggu dan lihat' Polis ketika perhimpunan itu berlangsung.

    "Mereka (Polis) tidak boleh kata: Kami menunggu laporan mana-mana pihak dibuat dahulu. Bolehkah Polis ?tunggu dan lihat? cermin sebuah kereta dipecah penceroboh, atas alasan menunggu rakyat atau pemilik kereta itu sendiri buat laporan; baru boleh bertindak," katanya.

    Bercakap pada sidang media yang sama, Exco Kerajaan Negeri Selangor Dr. A. Xavier Jayakumar turut melahirkan rasa kesal atas pelampau-pelampau terbabit.

    "Kita tidak mahu keharmonian rakyat menjelang Hari Merdeka ke-52 ini digugat oleh demopntrasi yang penuh melampau itu. Kita minta Polis segara bertindak sebelum apa-apa yang lebih buruk berlaku," katanya.

    Ujarnya lagi, mana-mana pihak termasuk Umno sendiri dibenarkan berdemontrasi secara aman. Kerajaan negeri konsistan tidak akan menentang hak asasi tersebut.

    Namun, demontrasi ekstrem seperti semalam sebenarnya melanggar undang-undang serta perlu tindakan segera oleh pihak Polis.

    "Mereka boleh demontrasi. Kita tidak akan tentang. Tetapi, demontrasi yang melampau seperti itu sesiapa pun lihat melampaui undang-undang. Jadi, saya gesa polis bertindak pada demontran yang melampau," katanya.

    Beliau turut menjelaskan inti maklum balas pihak Polis sebelum membuat kenyataan media di sini.

    "Saya diberitahu dia ada masalah peribadi di Alor Star. Pegantinya juga ada masalah peribadi di Shah Alam. Jadi, dia menyuruh kita (Pakatan) bertemu dengan Ketua Polis Daerah Shah Alam," katanya.

    ?Kita tidak mahu keharmonian rakyat menjelang Hari Merdeka ke-52 ini digugat oleh demontrasi yang penuh melampau itu. Kita minta Polis segara bertindak sebelum apa-apa yang lebih buruk berlaku," katanya.

    Turut menyertai kenyataan media di sini, Adun Batu Tiga dan Exco kerajaan negeri, Rodziah Ismail dan Ahli Parlimen Klang Charles Santiago.

    Ketua Penerangan PAS Pusat Idris Ahmad pada satu kenyataan media yang lain petang tadi, menegaskan demontrasi melampau itu bukannya berdasarkan ajaran Islam, sebaliknya amalan tradisi Umno sejak ditubuhkan lagi.

    Tambahnya lahi, "Apa yang mereka buat itu bukan sahaja melampaui undang-undang negara, tetapi jelas membelakangi agama Allah, iaitu Islam dan Rasulullah s.a.w tidak pernah menyuruh ummatnya berbuat demikian atas nama Islam.

    "Jika berjuang atas nama Melayu, beginilah akibatnya (melampau)," tegas beliau.

    Katanya, PAS berpegang dengan prinsip Islam yang menghargai kehormonian penganut agama-agama lain serta melarang ahli-ahlinya (umat Islam) memaki-hamun kegamaan lain; sebagaimana dalam ayat 108 dari Surah al-An'aam.

    Firman Allah bermaksud, ?Dan janganlah kamu memaki hamun sembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampau batas tanpa dasar pengetahuan. Demikianlah kami jadikan setiap ummat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudian, kepada Tuhan tempat kembali mereka, lalu Dia akan memberitahu kepada mereka apa yang telah mereka kerjakan.?

    Beliau turut mempersoal kredibiliti Polis dan FRU yang tidak membedil kumpulan ekstremis Umno tersebut dengan gas pemedih mata dan pacutan meriam air berasid, sebagaimana beberapa demontrasi aman rakyat seperti Anti-iSA, Mansuh PPSMI dan BERSIH lalu.

    Ketua Polis Daerah Shah Alam, Noor Azam Jamaluddin menjelaskan bahawa pegawainya tidak boleh terus bertindak waktu insiden itu berlaku, demi mengelakkan perkara yang lebih buruk berlaku.

    Bagaimanapun, beliau memberi jaminan agar insiden itu disiasat dan demontrasi yang didakwa ekstrem itu akan dibawa ke muka pengadilan.

    Noor Azam juga memaklumkan bahawa pasukannya sudah ditempatkan di beberapa lokasi strategik demi memastikan insiden terbabit tidak berulang.

    Nasihatnya, semua rakyat diminta bersabar dan tidak lagi mengeruhkan keadaan, terutamanya di kala negara bakal menempuhi Hari Kemerdekaan ke-54 Isnin depan.

    Semalam, kira-kira 50 orang Melayu dari pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) yang pro Umno mengarak kepala lembu yang masih segar berdarah dari Masjid Negeri menuju ke pejabat Menteri Besar.

    Berdepan Bangunan MBSA, pemuda-pemuda 'ekstrim' terbabit kelihatan saling menendang bangkai itu sambil melaungkan 'Kami Bantah'.

    Pada masa yang sama, kelihatan Pejabat Adun Batu Tiga turut dijadikan medan bantahan dengan contengan, Khalid-Rodziah, Pengkhianat Bangsa.

    Laungan dan bantahan itu dipercayai khalayak ekoran keputusan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memindahkan kuil Hindu ke lokasi yang baru di Syeksyen 23 Shah Alam.

    Insiden ?Kepala Lembu Berdarah? itu merupakan cabaran tergenting Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, setelah isu arak dan penternakan babi yang dipercyaai dicetuskan juga oleh Umno mulai reda belakangan ini.

    Sebelum ini, sebuah akhbar politik melaporkan Umno akan menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor pada Hari Kemerdekaan, 31 Ogos ini.

    harakahdaily

    UMNO bila kalah ini senjata mereka.........bila-bila pun bagini

    Siapa yang pilih kerajaan ini? beginilah mulanya 13 Mei bila Cina bawa penyapu.

    Dari tajuk tulisan diatas jelas menunjukan UMNO masih tidak serik yang rakyat telah tolak mereka. Bukti jelas dimana-mana PRK (7 PRK) mereka gagal.

    Saya kurang bersetuju apa yang ditulis dalam KPMU.NET 13 Mei disentuh adalah kerana perbuatan orang China membawa penyapu untuk melenyapkan Melayu kononnya.

    Rasional nya bahawa bila demokrasi dan hak rakyat tidak dihormati maka berbagai alasan ditimbulkan bagi menghalalkan cara. Semua agama dan kebebasan beragama dijamin oleh perlembagaan, tetapi oleh kerana dasar pecah dan perintah yang sering diamalkan oleh UMNO maka 13 Mei terjadi.

    UMNO tidak dapat menerima yang rakyat telah menolak mereka dalam pilihanraya, maka tercetusnya peristiwa 13 Mei dan kebetulan DAP telah menang pilihanraya jika Parti Gerakan menyertai mereka. UMNO gelabah dan ini lah puncanya. Tetapi tidak kah UMNO ingat pengorbanan Tan Chee Khoon dari Gerakan maka UMNO berjaya menubuhkan kerajaan di negeri Selangor. Itu pun setelah tercetusnya peristiwa 13 Mei.

    Tetapi setelah PRU 12, Selangor dan beberapa negeri lain telah jatuh ketanggan Pakatan Rakyat, UMNO merasa tercabar dan berusaha dengan apa cara sekalipun untuk mengagalkan pemerintahan PR. Dari isu babi hingga lah kes penjualan arak, dan arak kepala lembu di Shah Alam.

    Kalau difikirkan siapa agaknya yang meluluskan penjualan arak sebelum ini di Selangor. Perkara ini bukan perkara baru dan sengaja dipermainkan seolah-olah UMNO lupa mereka bertanggungjawab dan kesalahan diletak keatas Pakatan Rakyat. Mana ada sebelum ini UMNO beria-ia menentang penjualan arak?

    Bagitu juga kes mengarak kepala lembu bagi membantah pembinaan kuil hindu di Seksyen 23 Shah Alam. Kononnya mereka pejuang agama Islam sedangkan semasa pemerintahan UMNO/BN, syarahan agama pun tidak dibenarkan di Shah Alam.

    Apa akan terjadi agaknya jika Pakatan Rakyat menang dengan bergaya dalam PRU 13 nanti? Sama-sama kita tunggu dan lihat.

    1 Demo, 2 Agama dihina

     Adakah ini termasuk dalam agenda untuk menjatuhkan kerajaan PR Negeri Selangor.......kemungkinan ada kerana golongan munafik yang berucap gah itu semua orang kenal....kalau tak silap percacai UMNO?


    Agama Islam dihina apabila perkataan Takbir (membesar atau mengagungkan Allah) telah diperolok-olokkan dengan perkataan Take Beer (ambil/minum bir).

    Kepala lembu, binatang yang dianggap suci oleh penganut agama Hindu telah dipijak untuk menimbulkan rasa benci serta permusuhan agama.

    BETUL KE MELAYU SOKONG UMNO DI PERMATANG PASIR - AZIZI ABDULLAH

    “Pas kalau menang pun atas ehsan undi Cina (25%). Ini terbukti di Bukit Gantang, undi Melayu memihak kepada Umno dan Pas menang undi Cina khususnya dari Kuala Sepetang. Janji tanah 900 tahun beb!” Sekali lagi penghantar bergelar Nasi Siru yang saya tak kenali, yang sering menggambarkan kegelisahan jiwanya melihat kebangkitan rakyat menolak Umno sekarang.

    Saya meneliti keputusan Pilihanraya N 11 25. 8.2009 ini melalui cartanya:

    * Jumlah keluar mengundi 72.78% atau 14,768 (SPR kena kaji semula tentang % ini)

    * Jumlah undi Pas 9618

    * Jumlah undi BN 5067

    * Rosak 83.

    Undi dari Kg. Cross Street yang keseluruhannya orang Cina:
    Saluran 1 Pas 125 BN 66
    Saluran 2 Pas 278 BN 66
    Saluran 3 Pas 270 BN 75
    Saluran 4 Pas 265 BN 95


    Kalau ini menjadi hujjah dan anggapan dengki - benci tak ketahuan hala penghantar e mail ini, memang betul. Tetapi bagaimana kedudukan di bawah, di sembilan daerah mengundi di N.11 yang pengundinya Melayu? Lihat keputusannya:

    Sama Gagah, ada lima saluran, tak satu pun BN menang.



    • Permatang Ara, lima saluran, hanya satu saluran yang Pas kalah 24 undi. (Saluran 1 ialah saluran orang tua, yang dulu,kini dan selamanya)
    • Permatang Pauh empat saluran tak satu pun BN memang.
    • Bukit Indera Muda ada lima saluran, hanya saluran satu saja yang kalah 24 undi.
    • Kampung Pelet ada 4 saluran. Satu pun BN tak menang.
    • Kubang Semang ada 3 saluran, tak satu pun BN menang.
    • Begitu juga Tanah Liat Mukim 8, Permatang Tengah yang semunya pengundi Melayu, tak pula ada BN yang menang.
    Kesimpulannya, dakwaan kalau pengundi Melayu, BN pasti menang ternyata meleset. Malah pengundi Melayu sudah bijak memilih dasar sesebuah parti dengan pelaksanaan dasar sesebuah parti yang sekian lama membohongi rakyat.

    Puluhan ribu mendengar ucapan terima kasih kepada pengundi.


    Bayangkan jika lebih 20,000 pengundi dihabuankan dengan seorang RM300, telekong, sejadah, pelekat, titi segera, rumah segera, upah pegang bendera, upah panjat tiang, segala macam logistik dan sagu hati orang tengah, poster dan lain-lain sogokan, berapa banyak yang dibelanjakan oleh BN?

    Komen Datuk Sri Najib, Presiden Umno/BN akan mengkaji semula, rasanya tak perlu menghabiskan wang dan masa. Apa yang berlaku sebenarnya rakyat sudah tidak mahu terima lagi dasar Umno/BN yang selama 50 tahun, hanya mengenyangkan tembolok sebahagian orang. Banyak kesilapan yang tidak dapat dibetuli, menjadi rakyat perlu kepada perubahan atau kebanyakannya mengambil sikap ‘protes’. Laungan perlu kepada pembangunan dan kekalahan BN menunjukan rakyat tidak mahu pembangunan, satu dakwaan lemah. Pembangunan bukan hanya Umno/BN tetapi ia menjadi tanggung jawab sesebuah kerajaan.

    Umno hanya tunjuk projek mega, tapi tidak sedar cukai tanah.
    Umno hanya tunjuk indek dan saham, tapi tidak sedar saham Bumiputera yang lesap.
    Umno hanya melaung Tekun dan Subsidi tapi tidak melihat tanah tergadai.
    Umno hanya melihat 1Malaysia tetapi tidak melihat rakyat seluruh Malaysia.
    Umno asyik mengubah imej Islam,termasuk Hadari tetapi tidak ‘kaffah’ Islamnya.
    Umno menyumbang RM10 ringgit, tetapi menarik RM1,000.


    Umno/BN perlu ubah pendekatan berkempen. Kalau sekadar telekong, sejadah, titi parit tepi sawah dan sagu hati dalam sampul surat, Pak Kasa di Kubang Semang pun tergelak. Menggunakan polis mengawal keselamatan, tidak memberi kesan kepada pengundi memangkah BN kalau institusi ini diperkuda. Misalnya di satu tempat mengundi, polis muda menjerkah orang Pas supaya melondeh baju yang ada lambang bulan, tetapi dalam masa yang sama buat dono kepada Putri Umno yang mengibar lambang dacing.

    Ahhh, macam-macam lagi perkara yang menuntut Umno/BN perlu mengubahnya, terutama dasar parti itu. Rakyat sekarang melihat, apa yang dilakukan bukan hanya galak menerima sumbangan bermusim.

    Manakala Pas, apa yang perlu di post mortem ialah kebijaksanaan menggunakan masa, menjadualkan masa dan tidak membazir masa. Hal ini sangat lemah bagi Pas.

    Mungkinkah akan ada lagi di Padang Serai atau di Kota Siputeh? Rasa-rasanya Umno/BN pening lagi.

    Apa dah jadi, tak aman lagi

    Oleh Salleh Majid (Utusan Malaysia)


    OGOS 29 - Akhir-akhir ini banyak ditimbulkan soal hak orang Melayu dan kontrak sosial. Keadaan yang pada suatu ketika, kita lihat seperti aman damai selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 bertukar seolah-olah tidak dapat dibendung lagi perasaan geram sesetengah orang sehinggakan mereka ini lupa akan sensitiviti orang Melayu.

    Malahan ada juga di kalangan pembangkang yang baru merasa kuasa setahun jagung sudah berani memperkecilkan agama Islam.

    Gelagat orang seperti ini boleh membangkitkan perasaan marah di kalangan orang Melayu yang sekian lama agak diam.

    Sikap orang Melayu telah dapat kita lihat dengan sikap tolak ansur yang berlaku di Pulau Pinang. Walaupun Umno pada masa dulu memperolehi majoriti dalam kerajaan negeri, tetapi disebabkan sikap baik hati telah memberikan Gerakan memerintah Pulau Pinang.

    Hari ini apabila Pulau Pinang telah jatuh ke tangan pembangkang semakin rapat kita lihat akan menjadi Singapura nombor dua di negara kita sendiri.

    Tidak hairan kalau lama kelamaan orang Melayu akan terpinggir dari Pulau Pinang sendiri, pulau yang terkenal dengan nama Pulau Mutiara itu.

    Saya pernah menyatakan walaupun Dasar Ekonomi Baru meletakkan peruntukan
    30 peratus pencapaian hak milik Bumiputera, selepas 39 tahun hanya 19 peratus yang tercapai.
    Itu selepas lapan Rancangan Malaysia dan masuk Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9). Kalau diandaikan satu RMK bernilai RM100 bilion, lapan RMK sudah berjumlah RM800 bilion.

    Apabila dicampurkan dengan yang ke-9 yang bernilai RM220 bilion, jumlah keseluruhan yang dibelanjakan untuk pembangunan negara ialah RM1.02 trilion.

    Siapakah yang mendapat manfaat yang terbesar sekali dengan perbelanjaan yang begitu besar? Kalau bukan orang bukan Melayu, siapa?

    Kita lihat hampir kesemua sektor bidang ekonomi dikuasai oleh bukan Bumiputera. Kalau ada pun mereka yang dilantik selaku pengerusi sana sini.

    Kini dengan peraturan baru, mereka ini akan diketepikan kerana tidak perlu lagi 30 peratus Bumiputera.
    Cakap-cakap yang mempersoalkan kontrak sosial, menghina orang Melayu dan agama Islam oleh orang bukan Melayu sudah melampau dan kalau perkara ini tidak dibendung sebelum merebak tidak tentu hala akan mendatangkan kesan yang buruk.

    Kita sedar pemimpin kita sedang berusaha untuk mengembalikan keyakinan kepada bangsa lain supaya tidak beranggapan orang yang memerintah tidak pedulikan mereka.

    Tetapi kita lihat bidang politik ini tidak lagi boleh dikatakan bidang orang Melayu kerana sudah banyak perbezaan sejak PRU 12.

    Suara-suara lantang bukan saja daripada mereka yang menjadi pembangkang tetapi daripada mereka yang diharapkan oleh orang Melayu sendiri untuk memberikan kelainan kepada apa yang mereka lihat tidak digemari sebelum PRU 12 dulu.

    Nyata sekali harapan itu tinggal harapan saja kerana telah terbukti bahawa mereka yang dapat kuasa tidak dapat menegakkan suara mereka sendiri sebaliknya ditentukan oleh orang lain.

    Sekian lama negara kita dalam keadaan aman dan selesa, kini kita berdepan dengan suatu suasana yang kurang selesa dan kurang aman.

    Parti-parti komponen Barisan Nasional bercakaran. Lihat saja yang terbaru, MCA memecat Timbalan Presidennya atas perkara yang berlaku dua tahun dulu. Apa jua sebab dia dipecat, gambaran kepada orang ramai ialah keresahan sudah dirasai.

    Begitu juga PPP dan MIC. Apakah sebagai suatu parti yang suatu masa disegani sudah mula luntur imejnya dengan apa yang berlaku sekarang ini.

    Apakah ini adalah ekoran daripada reformasi yang dikatakan dijalankan oleh masing-masing? Kalau ya, ia tidak mendatangkan manfaat malahan lebih buruk daripada dulu.

    Friday, August 28, 2009

    Mengapa Musa Hassan tetap selamat?

    Sudah banyak surat sumpah yang disiarkan oleh Malaysia Today mengenai apa yang didakwa sebagai kaitan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dengan sindiket kongsi gelap (Sila lihat posting blog ini yang bertajuk "Musa Hassan akan terus jadi KPN" Di dalamnya ada pautan kepada surat-surat sumpah yang tidak dipadamkan nama pihak yang terlibat). Semalam disiarkan lagi.

    Makin banyak didedahkan, makin kukuh kedudukan Musa. Dia disambung lagi perkhidmatannya. Apakah sebenarnya jasa Musa yang dipanggil si tukang lobi? Tukang lobi biasanya mendapat habuan. Mungkin Musa melakukan kerja-kerja kebajikan dan tak mendapat habuan. Tetapi, kalaulah dia dapat habuan, adakah dia makan sorang-sorang?

    Adakah tidak ada ahli politik yang tumpang sekaki? Sedangkan mereka perlukan banyak wang untuk menjual beli manusia atau human trafficking - iaitu kegiatan membeli perwakilan yang diharapkan undi mereka dalam pemilihan parti dan perwakilan pula menjual undi dan maruah diri.

    Musa sering dikaitkan dengan B K Tan. Awal-awal dulu, saya ingat hanya Musa sahaja yang dikaitkan dengan Tan. Rupa-rupanya ada ahli politik Umno yang dikaitkan dengan Tan, iaitu bekas Bendahari Umno, Datuk Abdul Azim Mohamed Zabidi (Sila lihat posting blog ini bertajuk "Umno dituduh boneka gangster pulak").

    Tidakkah pendedahan tersebut menunjukkan penyusupan Tan dalam kerajaan Barisan Nasional (BN) begitu jauh dan mendalam? Tan didakwa kepala gangster. Persoalannya, berapa ramai lagi kepala gangster yang menyusup begitu jauh dan mendalam dalam kerajaan BN? Adakah Tan seorang sahaja?

    Tan juga didakwa menjadi kepala along. Kalau benar dia kepala along dan beliau pula kelihatan begitu jauh dan mendalam penyusupannya dalam kerajaan BN, adakah harapan rakyat untuk melihat Malaysia yang bebas along hanyalah harapan palsu yang ditaburkan untuk penyedap mata melihat dan telinga mendengar sahaja?

    Berkawan dengan kepala gangster yang dituduh menjadi kepala along, kepala sindiket judi haram, kepala sindiket persundalan dan entah kepala apa lagi tidak mengkhianati kepercayaan orang-orang Melayu dan rakyat Malaysia yang mengharapkan kerajaan yang bersih?

    Bolehkah rakyat disalahkan jika mereka terus dicengkam kebimbangan terhadap kadar jenayah yang tinggi? (Lihat The Star 27/7/09 "Poll: Most citizens concerned over high crime rate"). Salahkah mereka jika mereka yakin bahawa kadar jenayah akan terus tinggi kerana Ketua Polis Negara dan pemimpin Umno didakwa menjadi peliharaan kepala gangster dan kepala along? Apa usaha Ketua Polis Negara dan pemimpin Umno untuk mematahkan habis-habisan dakwaan itu?

    Musa juga dituduh penipu. Dan bila didakwa bahawa beliau menipu mengenai kadar jenayah di negara ini, mengapa tidak ada sebarang penyiasatan dan tindakan? (Lihat posting blog ini "KPN menipu menteri miskin intelek?")

    Akhirnya, apa ikatan kepentingan antara Musa dan para pemimpin Umno? Jika tidak, masakan tempua bersarang rendah dan Musa terus selamat. Kenapa?!!

    Source: http://penarikbeca.blogspot.com

    Ong Pernah Ambil Sendiri RM4 Juta - Tiong King Sing



    Ketua pegawai eksekutif Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) Datuk Seri Tiong King Sing mendakwa Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat pernah mengambil sendiri darinya sumbangan sebesar RM4 juta tahun lalu, lapor China Press semalam.

    Menurut akhbar itu, maklumat mengenai sumbangan tersebut diperolehi dari satu salinan laporan polis Tiong ke atas Ong yang juga kepada Menteri Pengangkutan.

    Malaysian Insider pula melaporkan, pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) itu juga mengulangi cabarannya supaya Ong mendedahkan berapa banyakkah yang dimiliki oleh beliau dan isterinya dalam akaun bank mereka.

    Tiong mendakwa, wang RM10 juta yang sebelum ini didakwa beliau telah disumbangkan kepada Ong telah diberikan dalam tiga ansuran secara tunai, yang pertama sebanyak RM5 juta, kedua RM1 juta dan ketika RM4 juta.

    Menurut laporan polis itu, Ong telah meminta sumbangan RM5 juta dari Tiong pada tahun 2008.

    Tiong mendakwa, wang RM5 juta itu dimasukkan dalam dua beg dan ditemani dua kakitangannya, beliau telah memberikan wang itu kepada rakan Ong di Hotel Hilton Petaling Jaya.

    Beberapa minggu kemudian, menurut laporan polis itu, Ong meminta RM1 juta lagi dari Tiong.

    Wang yang diminta itu kemudiannya diberikan kepada wakil Ong di tempat letak kereta Hotel Armada di Petaling Jaya.

    Menjelang akhir 2008, Ahli Parlimen Bintulu itu sekali lagi bersetuju untuk menyumbangkan RM4 juta lagi kepada Ong.

    Ong sendiri didakwa datang mengambil wang tersebut di sebuat rumah tetamu kerajaan, menurut laporan polis itu.

    Wang tersebut, kata bendahari Parti Demokratik Sarawak (SPDP) itu dalam laporan polisnya, diletakkan di tempat meletak barang kereta Ong, lapor China Press.

    Ong membuat laporan polis, mengemukakan saman RM500 juta serta melemparkan tuduhan terhadap Tiong selepas Ketua Pegawai Eksekutif KDSB itu mendakwa memberikan RM10 juta kepadanya 12 Ogos lalu.

    "Dia boleh cakap apa sahaja, tetapi saya rasa apa yang penting ialah keadilan dan kebenaran akan mengatasi segala-galanya dan bukan berasaskan cakap dengar oleh individu yang kredibilitinya dipersoalkan," Malaysian Insider memetik Ong berkata.

    Tuduhan tersebutlah yang mendorong Tiong mengemukakan laporan polis terhadap Ong.

    Tiong malah menyatakan beliau bersedia ke mahkamah dan menyatakan beliau mempunyai saksi untuk membuktikan beliau memberikan RM10 juta kepada Ong.

    Timbalan Tiong dalam KDSB, Datuk Faizal Abdullah pula berkata Ong telah menggunakan jet peribadi milik syarikat tersebut sebanyak lima kali.

    Faizal yang timbalan ketua Umno Bahagian Kapar seterusnya mendakwa, Ong berhutang kepada KDSB sebanyak AS$40,000 bagi perkhidmatan tersebut.

    Tidak ada penafian yang meyakinkan dari Ong terhadap dakwaan Faizal itu.

    KDSB ialah syarikat yang disiasat dalam skandal PKFZ.

    Projek PKFZ mencetuskan kontroversi apabila timbulnya pendedahan bahawa kos pembangunannya melambung daripada RM2.5 bilion kepada RM4.6 bilion.

    Laporan audit yang dikeluarkan pada akhir Mei oleh Price Waterhouse Coopers, syarikat yang dilantik LPK bagi tujuan itu, menyebut tentang pembabitan beberapa ahli politik dalam projek berkenaan, yang menurutnya, mungkin menimbulkan percanggahan kepentingan.

    Ahad lalu, bekas naib presiden MCA yang kini menyertai PKR, Datuk Chua Jui Meng mendakwa, jika didedahkan skandal itu, ramai pemimpin Umno yang terlibat.

    Dakwaan itu tampil selepas dakwaan ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Datuk Tee Lian Ker baru-baru ini mendakwa bahawa ramai tokoh Umno dan MCA berada dalam "payroll" Tiong.

    Ketegangan Indonesia-Malaysia: Sindroma Negara Pasca Kolonial

    Ketegangan Indonesia-Malaysia: Sindroma Negara Pasca Kolonial

    Oleh Aris Arif Mundayat


    Persengketaan masalah kebudayaan antara Malaysia dan Indonesia yang tengah berlangsung akhir akhir ini sesungguhnya dapat kita pahami sebagai fenomena “satu bangsa yang terbelah”. Hal ini perlu kita pahami dalam konteks Indonesia dan Malaysia adalah negara bangsa pascakolonial. Kolonialisme Belanda di Indonesia dan kolonialisme Inggris di Malaysia telah membelah imajinasi rumpun Melayu di kedua negara tersebut. Jika kita telusuri sejarah menuju kemerdekaan Indonesia, kita akan menemukan catatan sejarah bahwa ada utusan Malaya dalam sidang Badan Penyelidik Usaha Persiapan Kemerdekaan Indonesia (BPUPKI) yang menyepakati terbentuknya "Indonesia Raya" termasuk di dalamnya wilayah Malaysia sekarang. Namun, dalam perkembangannya kemudian imaji kebangsaan mengalami perubahan sehingga Malaya menjadi bagian dari negara Malaysia, bukan termasuk dari Indonesia Raya seperti yang dibayangkan dalam sidang BPUPKI sebelumnya. Kenyataan sejarah itu harus kita hargai, meskipun di zaman itu kemudian menghasilkan konfrontasi dengan Malaysia karena Indonesia merasa dikhianati oleh kesepakatan utusan Malaya.

    Gagalnya “Indonesia Raya”

    Tampaknya, efek konfrontasi itu tidaklah berhenti begitu saja dan masih menyisakan sejumlah ketegangan hingga masa sekarang, baik politik, budaya, dan masalah Tenaga Kerja Indonesia (TKI). Pengiriman tenaga kerja berpendidikan rendah ke Malaysia memang telah menyebabkan stereotype bahwa Indonesia adalah bangsa yang rendah di mata orang Malaysia yang memiliki jiwa feodal. Namun, tentu tidak semua orang Malaysia berkarakter demikian. Jauh lebih banyak lagi orang Malaysia yang tidak feodalis. Di era 1960—1970an, orang Malaysia melihat Indonesia sebagai bangsa yang terdidik karena mengirim guru untuk mengajar di Malaysia dan Malaysia mengirim pelajarnya ke sejumlah universitas di Indonesia, antara lain di Universitas Indonesia (UI), Institut Pertanian Bogor (ITB), dan Universitas Gadjah Mada (UGM).

    Alumni dari universitas-universitas tersebut sebagian menjadi tokoh dan negarawan maupun cikal-bakal dunia pendidikan di Malaysia. Dalam konteks sekarang, ini artinya bangsa Indonesia mengalami kemerosotan intelektual dan ekonomi, jika dibanding dengan Malaysia yang lebih berhasil secara ekonomi sehingga warganya lebih mampu menjangkau pendidikan yang lebih tinggi daripada warga Indonesia. Ini adalah kerugian simbolik dari pengiriman tenaga kerja berpendidikan rendah yang membangun citra negatif meskipun hal itu menghasilkan devisa yang menguntungkan.

    Tenaga kerja Indonesia (TKI) yang pada umumnya menjadi pekerja rendahan di Malaysia menyebut diri mereka sebagai “orang Indon” yang kemudian dipakai oleh orang Malaysia untuk menyebut semua orang Indonesia sebagai “Indon”. Kata ini di Malaysia sesungguhnya tidak berkonotasi negatif, namun bagi orang Indonesia penyebutan itu bermakna negatif. Bahkan, orang Indonesia yang tidak paham akan menyangka bahwa istilah tersebut dipakai oleh orang Malaysia untuk merendahkan bangsa Indonesia, padahal sama sekali tidak karena mereka hanya mereproduksi istilah ‘Indon‘ yang digunakan oleh TKI di negeri jiran tersebut.

    Situasi ini tampak seperti memperburuk relasi, namun pada dasarnya hal itu hanya ada di media massa. Dalam kehidupan sehari-hari, bagi orang Malaysia masalah itu adalah masalah kecil yang tidak menjadi berita besar. Dan mungkin karena itulah orang Indonesia melihat bahwa orang Malaysia “telinganya tebal”. Fenomena stereotype tersebut kemudian semakin parah ketika peristiwa Sipadan Ligitan yang oleh Mahkamah Internasional ditetapkan sebagai milik Malaysia, juga masalah Blok Ambalat. Ini adalah ekspresi kegagalan “Indonesia Raya” yang pernah dibicarakan dalam sidang BPUPKI.

    Tapak Kuil Seksyen 23 Shah Alam (Explanation Revisited)

      
    Agenda teserlah sudah....dari mula lagi dah agak golongan mana yang terlibat........

    By Khalid Samad

    Baru-baru ini, banyak betul yang kita dengar berhubung isu tapak kuil yang dicadangkan di Seksyen 23, Shah Alam. Yang tahu, yang tak tahu dan yang buat-buat tahu, semuanya turut sama mengemukakan pandangan masing-masing. Di antaranya, pandangan Noh Omar yang menyatakan bagaimana kerajaan PR tidak peka terhadap sensitiviti umat Islam.

    Oleh itu, bagi mereka yang ingin tahu, izinkan saya menceritakan serba sedikit perkara sebenar berkenaan isu ini. Tapak Kuil yang dicadangkan adalah di kawasan Industri, lebih 200 meter dari kawasan perumahan. Sebuah Kuil yang sekarang ini berada di Seksyen 19 akan dipindahkan ke tapak baru yang dicadangkan ini. Di Seksyen 19, kuil berkenaan hanya berjarak 20 kaki dari kawasan perumahan! Buka pintu rumah, seberang jalan terdapat kuil.

    Sebenarnya, kuil Seksyen 19 telah berada di situ sejak zaman sebelum wujudnya Shah Alam lagi. Pada masa itu kawasan di mana kuil tersebut dibina dinamakan Ladang Sungai Renggam. Apabila PKNS ambil-alih, maka dijadikan kawasan perumahan. Semasa membina dan menjual rumah-rumah di Seksyen 19, PKNS tidak menunjukkan kuil tersebut di dalam pelan mereka. Sebaliknya yang ditunjuk adalah rumah-rumah teres dua tingkat.

    Maka, para pembeli rumah sekitar kuil tersebut, 80% dari mereka yang merupakan orang Melayu Islam pun terperanjatlah apabila berpindah ke rumah baru mereka dan mendapati kuil masih berada di situ. Sedangkan mereka diberitahu bahawa kuil tersebut akan dipindahkan. Malangnya, PKNS di bawah pemerintahan Kerajaan Negeri UMNO/BN, tidak menunaikan janji mereka dan tidak juga bertanggung-jawab dalam soal ini. Kalau diusahakan pada ketika itu, masih terdapat banyak kawasan lapang, maka perancangan yang lebih sesuai dan tepat dapat dilaksanakan.

    Merdeka: Apakah percikan bunga api boleh kembalikan keyakinan rakyat?

    Sumber:Malaysia Today

    Oleh Azamin Ali, Harakah

    Bukan kibaran bendera, nyanyian lagu, percikan bunga api, perarakan, ciptaan logo dan slogan yang utama tetapi bebas dan merdeka dari sebarang penindasan yang mencengkam minda, hak-hak dan keadilan sama rata menjadi harapan rakyat sejak 52 tahun yang lalu.
    Dengan belenggu kemiskinan, jurang antara kaya dan miskin semakin melebar, gaji sedikit harga barang meningkat, jenayah bercambah, gejala keruntuhan akhlak makin menjadi dan kualiti kesihatan yang bertambah buruk lantaran penularan wabak terbaru, menjadikan rakyat makin resah gelisah mendiami negara tercinta ini.
    Bukan itu sahaja, gelodak runsing rakyat, makin terpampang tatkala api perkauman mula dinyalakan, mula mengusik batas agama,hak-hak kebebasan bersuara dinafikan, cakaran politik di sana sini, agensi-agensi penguatkuasaan yang sudah hilang intergriti dan aneka keserabutan menjadikan 'Merdeka' tidak mempunyai erti, sama seperti tahun-tahun sebelumnya.
    Bagi Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, kemerdekaan perlu kepada satu anjakan baru yang lebih meyakinkan rakyat dan mendemokrasikan negara dalam erti kata sebenarnya.

    Era Najib Altantuya : Surat Misteri, Gobind Mahu Mahkamah Teruskan Siasatan (updated)


    Sumber: Klab Greenboc

    Surat misteri berhubung kematian Teoh, disiasat sepenuhnya oleh pihak Mahkamah.

    Menurutnya, walaupun peguam Negara memberitahu mahkamah, terdapat dua atau tiga perkara yang dinyatakan dalam surat itu tidak mempunyai bukti, tetapi kandungannya didapati konsisten dengan keterangan saksi sehingga hari ini.

    “Tuan Koroner telah membuat satu keputusan jelas, surat telah disiasat, walaupun peguam Negara ada memberitahu sisatan menunjukkan tidak tunjukkan sebarang bukti, namun ada dua atau tiga kenyataan yang konsisten dengan keterangan saksi sehingga hari ini,” katanya.

    Dalam pada itu, Gobind yang ditemui media di lobi Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini, memberitahu orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kematian Teoh boleh mengemukakannya kepada beliau selaku wakil peguam keluarga Teoh dan juga kepada ahli keluarga Teoh sendiri.

    Wednesday, August 26, 2009

    Sivakumar saman Setiausaha Kerajaan Negeri Perak


    IPOH: Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Tronoh V.Sivakumar hari ini memfailkan saman terhadap Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Datuk Dr Abdul Rahman Hashim untuk menuntut ganti rugi, ganti rugi teruk dan ganti rugi contoh.

    Writ saman itu yang difailkan melalui Tetuan Chan & Associates di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini tengah hari tadi, meminta defendan mengemukakan maklum balas dalam tempoh lapan hari dari tarikh ia difailkan.

    Peluang akhir untuk Umno belajar

    Oleh Noraini Abd Razak

    Banyak yang perlu dipelajari oleh Barisan Nasional (BN) dalam mengharungi kekalahan di Dewan Undanangan Negeri (DUN) Permatang Pasir. Pengajaran itu pula bukan baru sebaliknya telah diwarisi sejak tsunami Mac 2008 yang menyaksikan BN tumbang di lima negeri.
    Begitu juga dengan kekalahan dalam tujuh pilihan raya kecil lantaran faktor-faktor yang menyumbang kepada tersungkurnya BN di tangan pembangkang adalah sama. Tidak ada formula baru, tidak ada juga factor baru dan tidak ada juga sentuhan baru.

    Era Najib Altantuya : Teoh Bergaduh, Satu Teori Nakal Untuk Pesongkan Kebenaran (updated)

    Pendedahan oleh pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bahawa Teoh Beng Hock dan Ahli Majlis Perbandaran Kajang, Tan Boon Wah, bergaduh, telah mengejutkan mereka yang mengikuti prosiding inkues kematian Teoh di Mahkamah Koroner di sini.

    Penipuan Terancang Dalam Setiap Kali Pilihanraya, Pengerusi SPR Tidak Perlu Lagi Cuba Perbodohkan Rakyat Malaysia Buat Selamanya !!

    Sumber Muslimeen United

    Kisah pengundi hantu ini sebenarnya bukan sekadar cakap-cakap kosong semata-mata. Malah sudah beberapa kali dibuktikan dengan fakta dan banyak laporan telah dibuat oleh pihak yang berkenaan. Namun, dek kerana kuasa dan dipelihara oleh kerajaan UMNO dan BN maka pihak SPR masih terus bermaharajalela dan menipu rakyat. Mereka seolah-olah menganggap bahawa rakyat Malaysia bangang macam puak-puak UMNO itu sendiri. Ini berlaku dalam setiap kali pilihanraya di negara kita. SPR sebenarnya jelas khianat kepada rakyat dan negara kita sendiri.

    Mahathir calls Muhyiddin a liar...well, sort of


    Sumber:Malaysia Today

    Lee Kuan Yew did not threaten to go to war if we did not supply water and I don't know about the sale of land to Singapore

    Dr. Mahathir Mohamad